Pengenalan
Jangan tunggu sehingga proses penuaan bermula untuk mendapatkan mata sihat, ia sebenarnya bermula dari dalam kandungan lagi.
Kaedah pemakanan yang betul supaya mata kekal sihat adalah dengan mengambil nutrisi seimbang di samping mengutamakan sumber makanan yang mempunyai warna kehijauan, kekuningan dan kemerahan.
Ini kerana kumpulan makanan tersebut kaya dengan Lutein dan Zeaxanthin serta vitamin dan mineral yang terbukti bagus untuk kesihatan mata yang optimum.
Apa Yang Dimaksudkan Dengan Diet Sihat Untuk Penglihatan Yang Terbaik?
Menurut Dietary Guidelines for Americans yang dikeluarkan oleh U.S. Department of Health and Human Services and the Department of Agriculture, diet sihat bermaksud :- Mengutamakan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, susu dan produk susu tanpa lemak atau rendah lemak.
- Merangkumi daging, ikan, kekacang dan telur.
- Rendah lemak, kolesterol, garam dan gula tambahan.
Terdapat empat penyakit mata utama yang berisiko tinggi akibat kekurangan vitamin iaitu:
- Katarak
- Degenerasi Makula
- Mata kering
- Lebam di sekeliling mata
Rajah 1 : Contoh keadaan penglihatan bagi masalah penyakit Degenerasi Makula dan Katarak
Apa Itu Lutein Dan Zeaxanthin?
Kerapkali dikatakan lobak merah, sayuran dan buah-buahan bewarna oren-kuning sangat baik untuk kesihatan mata.Kenapa? Ini kerana Lutein dan Zeaxanthin merupakan pigmen semulajadi yang terdapat dalam sayur-sayuran hijau, buah-buahan, jagung dan kuning telur di mana ia memberi warna kepada bahan-bahan tersebut.
Ia membekalkan nutrisi pada mata dengan bertindak sebagai antioksida yang menghalang daripada radikal bebas yang berbahaya.
Sumber : http://www.wisegeek.org/what-are-the-differences-between-fruits-and-vegetables.htm#group-of-fruits-and-vegetables
Set Pemakanan Untuk Mata Sihat
Untuk mengelakkan penyakit mata yang boleh membawa risiko kebutaan,
secara ringkasnya mata memerlukan vitamin dan zat tambahan seperti
berikut :- Vitamin A dan Beta-carotene
- Vitamin B kompleks
- Vitamin C, D dan E
- Lutein dan zeaxanthin
- Antioksidan
- Asid lemak Omega-3
Berikut pula adalah senarai vitamin yang diperlukan oleh mata :
- Protein
- Kalsium
- Vitamin A
- Vitamin B
- Vitamin C
- Vitamin E
- Zink
Bagi melengkapi diet sihat setiap hari, kita disarankan mengambil lima kumpulan makanan di bawah ini dalam rutin diet seharian iaitu :
- Sayuran hijau berdaun : Sumber makanan semulajadi terbaik untuk lutein dan zexanthin yang turut mengandungi Vitamin C, Vitamin E dan beta-karotin yang tinggi, mineral dan serat
- Telur : Kuning telur adalah sumber utama Lutein dan zeaxanthin dan menjadi alternatif bagi yang kurang menggemari sayuran hijau
- Buah-buahan sitrus dan berry : Buah-buahan ini kaya dengan Vitamin C
- Badam : Ia kaya dengan vitamin E dan mampu melambatkan degenerasi makula. Satu auns (oz) badam menyediakan kira-kira separuh daripada dos harian yang disarankan.
- Ikan berlemak : Tuna, salmon, ikan kembung, ikan bilis dan trout sangat kaya dengan DHA iaitu asid lemak yang ditemui dalam retina. Kekurangannya dikaitkan dengan sindrom mata kering.
Pengambilan suplemen multivitamin dan mineral setiap hari boleh membantu mengisi kekurangan nutrisi dalam diet dan boleh membantu melindungi daripada penyakit-penyakit degeneratif, termasuk penyakit mata seperti degenerasi makula dan katarak.
Tips dan Langkah Berjaga-jaga Ketika Membeli Suplemen Mata
- Selamat dan bermanfaat
- Baca label dengan berhati-hati
- Ikut garis panduan yang diberikan
- Jangan melebihi dos yang ditetapkan
- Dapatkan pendapat doktor sekiranya anda hamil, menyusu dan ada mengambil pencair darah atau anti-koagulan
- Mengambil terlalu banyak supplemen tertentu boleh menyebabkan masalah, terutamanya jika anda mengambil ubat-ubatan preskripsi untuk masalah kesihatan
Kesimpulan
Penjagaan mata sangat penting terutama pada peringkat awal perkembangan
deria penglihatan. Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan dan
bertanggung jawab untuk memastikan mata anak dijaga sebaiknya.Penjagaan mata bermula dengan makanan seharian. Kesedaran awal adalah penting bagi memastikan amalan yang sihat ini dapat diteruskan sehingga dewasa. Sesungguhnya mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
(sumber: http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/umum/optomeri/makanan-untuk-mata-sihat )
No comments:
Post a Comment