Thursday, December 3, 2015

Tips Minum Air Kosong 3 Liter Sehari


Tips Minum Air Kosong 3 Liter Sehari    


Sekiranya anda mengamalkan pengambilan sebarang jenis suplemen pastinya akan ada nasihat supaya mengambil air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari. ianya bukanlah omong kosong penjual yang wajar anda endahkan.

Mengapa perlu minum air kosong secukupnya?

Bayangkan anda mengambil suplemen Vitamin C sebagai contoh. air kosong akan membantu badan kita menyerap kebaikan Vitamin C dengan lebih baik dan optimum. baru la segala khasiat Vitamin C tu akan tersebar secara sama rata ke seluruh badan kita.

Fungsi lain vitamin adalah untuk menyingkirkan toksin Air yang banyak diperlukan untuk proses pengangkutan toksin-toksin ini keluar dari badan kita. Jika kekurangan air, ianya boleh menyebabkan toksin tetap tersimpan dalam badan dan menyumbang kepada masalah krisis pemulihan (healing crisis).

Kalau tak minum air kosong, vitamin tu pun duduk setempat tu je dalam badan kita. Khasiat tak menyeluruh dan tak optimum la jadinya kan?

Secara puratanya, air kosong yang perlu diminum menigkut berat bada adalah sebanyak 1 liter untuk setiap 25 kg. So, kalau berat anda 55kg? Minum lebih kita kerap ke tandas, minum kurang, mungkin kita kerap ke hospital. Think wisely.

Cara minum air kosong yang betul.

ada sesetengah orang, bila cakap je 3 liter sehari, dia terus ambil sekali minum 3 liter waktu pagi. lepas tu tengah hari, petang malam tak de dah minum air kosong. Salah sangat-sangat cara tu okey. 3 liter tu adalah jumlah air yang perlu diminum sepanjang sehari. kalau kita minum 3 liter sekaligus, selain secara logiknya ianya tak mungkin, kita juga sedang membebankan pundi kencing kita. jadi, minumlah air kosong secara berpada-pada.

Tips cukupkan 3 Liter air kosong sehari sangat mudah.

#1 - Set Alarm 

Masing masing ada smartphone canggih canggih kan? so, gunakan sebaiknya demi kesihatan anda.  set kan alarm pada telefon anda setiap 2 jam pelu minum segelas air. let say segelas air bersamaan 500ml. Jadi, anda hanya perlu set alarm sebanyak 6 kali, and then, your 3 liters of plain water is done!

#2 - Minum menggunakan botol.

Yang ni hasil pengalaman sendiri. Minum air kosong dari botol lebih best daripada gelas. kalau minum dari gelas, nak habiskan secawan air kosong tu rasa macam nak buncit perut. haha. tapi kalau minum guna botol air mineral tu, rasa sekejap je habis setengah botol. So, bolehlah selamatkan bumi daripada pencemaran kan? Recycle balik botol air mineral tu demi kesihatan anda dan bumi.

#3-  Buat senggatan pada botol

Satu botol ni bersamaan 1.5 liter air. jadi buat senggatan masa pada botol tersebut. contoh pukul 10am, banyak mana air yang perlu anda minum. kalau boleh, before 2 pm, anda dah habiskan sebotol air 1.5liter ini dan seterusnya sambung untuk botol yang kedua. Its simple and fun! Ianya seolah-olah anda mencabar diri anda.

#4 - Minum air lepas solat.

Amalkan macam ni ye. konsepnya sama dengan yang set alarm tu iaitu 500ml untuk segelas air.
Selepas sembahyang subuh - 1 gelas air kosong.
Selepas breakfast - 1 gelas air kosong
Selepas zohor - 1 gelas air kosong
Selepas Asar - 1 gelas air kosong
Selepas Maghrib - 1 gelas air kosong
Selepas Isya' - 1 gelas air kosong
So totalnya 6 gelas air bersamaan 3 liter (lbh kurg) air kosong, DONE!

#5 - Air kosong campur perahan jus lemon

Ada yang jenis tak suka rasa air kosong yang payau payau tak de rasa tu. so solution untuk korang, dalam botol air kosong tu, korangkan masukkan sedikit perahan lemon. Selain dapat kebaikan air kosong, korang juga akan dapat kebaikan lemon tu sendiri. Nyam nyam. tapi jangan campur gula tau. (credit :)


No comments:

Post a Comment